
|
Sejak mula beroperasi pada tahun 1971.
Maktab ini bekerja dengan penuh semangat dan dedikasi memperbaiki mutu perkhidmatan dan memupuk kepercayaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Maktab Adabi Gaya Pos berasa puas kerana dapat membantu ribuan pelajar setiap tahun dan lulus dengan cemerlang. Bagi kami, kejayaan pelajar adalah kejayaan kami juga.
Kami sedar, bahawa harapan dan kepercayaan pelajar dan ibu bapa cukup tinggi. Oleh itu, kami sentiasa mementingkan perkhidmatan yang jujur, cekap dan berkesan.
Kami ingin terus berbakti kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan menggunakan sepenuh masa, tenaga dan pengalaman yang ada.
Itulah sumbangan kami kepada masyarakat dan negara.
|
|
Cita Cita
Cita-cita ialah petunjuk arah dan pemberi ilham. Tanpa cita-cita, atau tidak berpegang pada cita-cita, hidup ini umpama air di olak pulau; ke hulu hilir tidak menentu. Di sangka kealpaan itu, satu nikmat, padahal ia adalah satu laknat.
Setiap individu yang mengaku dirinya seorang ihsan pelajar, harus mempunyai cita-cita. Ia adalah harga diri dan maruah diri. Ia harus diperkobar dan diperjuangkan sebagai satu jihad.
Cita-cita yang dipagari dengan kesucian hati dan diusahakan dgn tekun dan sabar, akan berkesudahan dengan kejayaan yang amat manis.
Insya-Allah.
|
-Pengarah Urusan |
Perjuangan
Perjuangan (khas untuk siawa-siswi Adabi)
Belajar adalah satu pendakian,
Memenatkan dan meletihkan,
Belajar adalah satu jihad,
Menuntut pengorbanan dan ketahanan.
Awas! Jangan linglung dan keliru,
Genggam bara api,
Mandi sampai basah,
Berdayung biar sampai ke tepian.
Semalam telah berlalu,
Esok belum tentu,
Hari ini, manfaatkan sepenuhnya.
Untuk kehormatan dan maruah,
Untuk hari esok,
Untuk diri sendiri,
Untuk orang yang disayangi.
|
-Pengarah Urusan |
|

Maktab Adabi Gaya Pos ingin memperkenalkan produk terbaru iaitu belajar secara online yang terkini di Malaysia
Lawati portal e-Learning terbaru dari Maktab Adabi Gaya Pos iaitu e-adabi online
Untuk PROMOSI Maktab Adabi akan memberi diskaun sebanyak 30% kepada pelajar yang mendaftar awal.
Jangan Lepaskan Peluang Terhebat Ini

|

|
Bangkitlah dari lenamu,
Bukalah tirai hatimu,
Semarakkan azammu,
Teruskan perjuanganmu.
|
Jangan sesekali engkau malas,
Jangan sesekali rasa lelah,
Jangan sesekali melangkah
lemah.
|
Belajar suatu kewajipan,
Belajar umpama membina jalan,
Jalan ke hari esok yang penuh kebaikan!. |
|
Siti Syazawani Kamarozaman |
Dungun, Terengganu |
|
|