Apa Dia Tuisyen Gaya Pos (TGP)?
Tuisyen Gaya Pos ialah Program Tuisyen yang diikuti secara jarak jauh. Yakni anda belajar di rumah. Ia boleh diikuti oleh pelajar Tingkatan 2 & 3 (PMR), Tingkatan 4 & 5 (SPM) dan Tingkatan 6 Rendah & 6 Atas (STPM).
Ciri-ciri Utama Tuisyen Gaya Pos ialah:
- Anda menerima Nota Lengkap, Nota Ringkas dan Soalan Latihan.
- Anda menjawab soalan-soalan latihan yang disediakan dalam nota, dan menghantarkan ke MAGP.
- Anda akan menerima Contoh Jawapan, bersama latihan yang telah diberi markah, komen dan nasihat oleh Tutor MAGP.
- Anda boleh menghubungi MAGP jika menghadapi masalah. Anda akan diberi nasihat dan motivasi.
- Anda akan berpeluang mengambil Ujian Penilaian yang diadakan bulan September. Soalan-soalan akan dikirim kepada anda. Bayaran paling minimum akan dikenakan.
- Peserta diberi PERCUMA (masa daftar) :
- a. Pad Latihan MAGP
- Wajib diguna untuk menjawab Soalan Latihan dan Esei. - b. Sampul Surat MAGP
- Wajib diguna untuk menghantar kertas jawapan kepada MAGP. - c. 1 Buku Motivasi
- Mengandungi artikel Motivasi, petua, teknik belajar dan ke mana selepas PMR, SPM & STPM. (daftar 3 mata pelajaran ke atas) - d. Buletin Haluan Siswa
- Terbit 2 bulan sekali. Mengandungi nasihat, motivasi, info MAGP dan karya siswa-siswi MAGP.
- a. Pad Latihan MAGP
- Anda akan diberi Bimbingan Percuma - Bagi mata pelajaran yang tidak lulus, dengan beberapa syarat:
- a. Telah mengikuti tuisyen sehingga tamat.
- b. Aktif menjawab soalan latihan.
- c. Menyertai ujian penilaian.
- d. Menyertakan keputusan peperiksaan yang disahkan dalam tempoh 30 hari.
Sila hubungi kami, jika memerlukan penjelasan.
Berkesankah Tuisyen Gaya Pos?
- Pelajar tidak akan mesra segan atau malu untuk bertanyakan sebarang soalan kepada tutor, kerana pelajar dan tutor tidak perlu bersemuka.
- Pelajar berpeluang bertanyakan sebarang soalan tanpa batas waktu.
- Latihan yang dihantar oleh pelajar akan diperbetulkan segala kesilapan. Jadi pelajar tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa peperiksaan.
- Pelajar dapat membuat latihan pada bila-bila masa tanpa tekanan guru-guru dan ibu-bapa.
Mengapa Tuisyen MAGP Menjadi Pilihan?
- MAGP telah berkhidmat kepada pelajar sejak 1971. Berpengalaman dan berwibawa.
- MAGP menyediakan program tuisyen yang lengkap dan bersepadu merangkupi :
- Nota Lengkap -Menepati sukatan pelajaran. Ditulis dengan bahasa yang mudah, jelas dan tepat.
- Nota Ringkas berbentuk isi-isi penting dan peta minda.
- Soalan-soalan latihan berupa soalan Ujidiri dan soaln bertaraf peperiksaan.
- Ujian Penilaian dijalankan lebih kurang 2 bulan sebelum peperiksaan.
- MAGP berjaya meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil dari khidmat MAGP yang cepat dan jujur.
Adakah MAGP Memberi Sijil atau Surat Pengesahan?
- Ya. Pelajar perlu memohon kepada MAGP.