

Apa Dia Tuisyen Gaya Pos (TGP)?
Tuisyen Gaya Pos ialah Program Tuisyen yang diikuti secara jarak jauh. Yakni anda belajar di rumah. Ia boleh diikuti oleh pelajar Tingkatan 2 & 3 (PMR), Tingkatan 4 & 5 (SPM) dan Tingkatan 6 Rendah & 6 Atas (STPM).
Ciri-ciri Utama Tuisyen Gaya Pos ialah:
- Anda menerima Nota Lengkap, Nota Ringkas dan Soalan Latihan.
- Anda menjawab soalan-soalan latihan yang disediakan dalam nota, dan menghantarkan ke MAGP.
- Anda akan menerima Contoh Jawapan, bersama latihan yang telah diberi markah, komen dan nasihat oleh Tutor MAGP.
- Anda boleh menghubungi MAGP jika menghadapi masalah. Anda akan diberi nasihat dan motivasi.
- Anda akan berpeluang mengambil Ujian Penilaian yang diadakan bulan September. Soalan-soalan akan dikirim kepada anda. Bayaran paling minimum akan dikenakan.
- Peserta diberi PERCUMA (masa daftar) :
- Pad Latihan MAGP - Wajib diguna untuk menjawab Soalan Latihan dan Esei.
- Sampul Surat MAGP - Wajib diguna untuk menghantar kertas jawapan kepada MAGP.
- 1 Buku Motivasi - Mengandungi artikel Motivasi, petua, teknik belajar dan ke mana selepas PMR, SPM & STPM. (daftar 3 mata pelajaran ke atas)
- Buletin Haluan Siswa - Terbit 2 bulan sekali. Mengandungi nasihat, motivasi, info MAGP dan karya siswa-siswi MAGP.
- Anda akan diberi Bimbingan Percuma - Bagi mata pelajaran yang tidak lulus, dengan beberapa syarat:
- Telah mengikuti tuisyen sehingga tamat.
- Aktif menjawab soalan latihan.
- Menyertai ujian penilaian.
- Menyertakan keputusan peperiksaan yang disahkan dalam tempoh 30 hari.
Sila hubungi kami, jika memerlukan penjelasan.
|
Berkesankah Tuisyen Gaya Pos?
- Pelajar tidak akan mesra segan atau malu untuk bertanyakan sebarang soalan kepada tutor, kerana pelajar dan tutor tidak perlu bersemuka.
- Pelajar berpeluang bertanyakan sebarang soalan tanpa batas waktu.
- Latihan yang dihantar oleh pelajar akan diperbetulkan segala kesilapan. Jadi pelajar tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa peperiksaan.
- Pelajar dapat membuat latihan pada bila-bila masa tanpa tekanan guru-guru dan ibu-bapa.
|
|
Mengapa Tuisyen MAGP Menjadi Pilihan?
- MAGP telah berkhidmat kepada pelajar sejak 1971. Berpengalaman dan berwibawa.
- MAGP menyediakan program tuisyen yang lengkap dan bersepadu merangkupi :
- Nota Lengkap -Menepati sukatan pelajaran. Ditulis dengan bahasa yang mudah, jelas dan tepat.
- Nota Ringkas berbentuk isi-isi penting dan peta minda.
- Soalan-soalan latihan berupa soalan Ujidiri dan soaln bertaraf peperiksaan.
- Ujian Penilaian dijalankan lebih kurang 2 bulan sebelum peperiksaan.
- MAGP berjaya meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil dari khidmat MAGP yang cepat dan jujur.
|
Bila Dan Bagaimana Nota Dikirimkan?
- Bahan pelajaran akan dihantar selepas bayaran diterima.
- Penghantaran Nota ialah melalui Pos Biasa atau Pos Berdaftar atau Syarikat Kourier atau Pos Udara Berdaftar, bergantung pada alamat dan cepat sampai.
- Nota dihantar mengikut cara bayaran. Jika bayar sekaligus, maka nota dihantar sekaligus. Tetapi latihan dan bimbingan berterusan sehingga tarikh peperiksaan.
Berapa Bayaran Sebuah Buku Nota?
untuk melihat harga nota.
|
Adakah Yuran Dibayar Tiap-tiap Tahun?
Tidak. Anda diberi 3 pilihan cara bayaran yuran, iaitu Sekali Bayar, atau ansur 2 Kali atau ansur 3 Kali (berturut-turut). |
Berapa Lama Tuisyen Berjalan?
Tuisyen dikira bermula dari tarikh pendaftaran anda diterima MAGP, dan berakhir pada tarikh peperiksaan anda. |
Bolehkan Ditukar Mata Pelajaran ?
Boleh. Dengan syarat-syarat :
- Dalam masa sebulan selepas mendaftar.
- Tidak melebihi 1 mata pelajaran.
- Bayaran pengurusan dan pos dikenakan.
|
Bila Patut Mulakan Tuisyen?
Bila-bila. Bayarannya tetap sama. Nota yang akan anda terima bermula dari awal sukatan pelajaran.
Boleh Dikembalikan Bayaran?
Tidak dibenarkan. |
Adakah Diberi Potongan Yuran Tuisyen?
- Bekas pelajar MAGP dan Maktab Adabi - 20%.
- Adik bekas pelajar MAGP - 10% ( No. siswa disertakan)
- Pelajar yang mendaftar di pejabat MAGP - 5%.
- Guru-guru (bukti disertakan) - 5%.
Potongan diberi untuk yuran sahaja. |
Siapa Uruskan Pendaftaran Peperiksaan?
Jika anda calon pensendirian, anda mesti daftar diri di Pejabat Pendidikan. Pusat peperiksaan ialah di tempat anda sendiri. Jika calon sekolah, pihak sekolah akan uruskan. |
Bolehkah Ditukar Alamat dan Ditunda Tuisyen?
Boleh. Maklumkan kepada MAGP. |
Bolehkan MAGP Memberi Nasihat Dalam Memilih Pelajaran?
Boleh. Kirimkan salinan keputusan peperiksaan. |
Adakah MAGP Memberi Sijil atau Surat Pengesahan?
Ya. Pelajar perlu memohon kepada MAGP. |
|


BUKU JEJAK SOALAN UPSR
Menghimpunkan soalan ramalan Maktab Adabi yang lepas. Disusun mengikut topik. Lengkap dengan jawapan.
Dapatkan borang di sini 

PROGRAM LULUS BERGAYA
Program ini menawarkan tawaran istimewa kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, PMR dan UPSR bagi tahun 2010 dan 2011.
Dapatkan borang di sini 
Maktab Adabi Gaya Pos ingin memperkenalkan produk terbaru iaitu belajar secara online yang terkini di Malaysia
Lawati portal e-Learning terbaru dari Maktab Adabi Gaya Pos iaitu e-adabi online
Untuk PROMOSI Maktab Adabi akan memberi diskaun sebanyak 30% kepada pelajar yang mendaftar awal.
Jangan Lepaskan Peluang Terhebat Ini

|

|
Bangkitlah dari lenamu,
Bukalah tirai hatimu,
Semarakkan azammu,
Teruskan perjuanganmu.
|
Jangan sesekali engkau malas,
Jangan sesekali rasa lelah,
Jangan sesekali melangkah
lemah.
|
Belajar suatu kewajipan,
Belajar umpama membina jalan,
Jalan ke hari esok yang penuh kebaikan!. |
|
Siti Syazawani Kamarozaman |
Dungun, Terengganu |
|
|